Masjid Saidina Ali telah siap dan digunakan sejak 23 Disember 2014
Email - masjidsentosadua@gmail.com

Friday 10 October 2014

USTAZ HANIF - HADIS 10 SAHABAT

Pengajian Hadis Nabawi Riwayat 10 Sahabat di Surau Saidina Ali Bkt Sentosa Rawang tadi selepas Isya' di antaranya,"Barangsiapa memandikan mayat, mengkafankannya, mengubatinya supaya tidak busuk dan membawanya serta mensolatkannya dan tidak menyebarkan keaiban yang dia lihat daripadanya, maka akan terhapus dia dari dosanya seperti ketika dia dilahirkan ibunya -HR Ibnu Majah.

Monday 9 June 2014

ALHAMDULILLAH ! AKTIVITI REMAJA CUTI SEKOLAH MEMANG TERSERLAH ! TAHNIAH

Alhamdulillah Kem Motivasi Remaja 7/6-8/6 di kendalikan AJK Surau Saidina Ali (SSA) Bukit Sentosa 2(BS2) dengan Ajk Persatuan Penduduk Anggerik 5(PPA5) BS2 amat berjaya walaupun pertama kali melakukannya dengan serba-serbi kekurangan. 68 orang peserta remaja umur sehingga 17 tahun dengan 8 orang fasilitator yang dilantik dengan dibantu dan dipantau ibubapa dan ajk SSA dan PPA5 selama 2 hari 1 malam memang mengujakan.Terima kasih kepada En. Azham Pengerusi Surau SSA merangkap Pengerusi penaja Masjid Bukit Sentosa 2 dengan ajknya serta Pengerusi PPA5 En. Azhar dengan ajknya.

MASJID BUKIT SENTOSA 2 SETAKAT BULAN MEI 2014